Harian Metro - Intelectasia perkenal portal Supernewsroom

Kuala Lumpur: Intelectasia memperkenalkan platform digital baru perhubungan media dikenali Supernewsroom di mana ia menghubungkan organisasi dengan media di negara ini yang merangkumi surat khabar, majalah, stesen televisyen dan radio, portal berita atas talian, media antarabangsa dan blogger.Platform terbabit membolehkan organisasi memiliki akses kepada direktori agensi media secara lebih menyeluruh pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan sebarang peranti melalui direktori media yang dikemas kini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Manminder Kaur Dhillon berkata, pada masa ini landskap media Malaysia begitu rancak namun tiada satu lokasi yang maklumat itu boleh disimpan dan dikemas kini dalam waktu sebenar.“Supernewsroom memanfaatkan teknologi untuk menjadikan proses ini lebih mudah untuk kedua-dua pihak iaitu media dan organisasi dengan meletakkan maklumat dalam satu laman sesawang,” katanya pada pelancaran portal terbabit, di sini, baru-baru ini.

Supernewsroom adalah portal pertama seumpamanya di negara ini dibangunkan oleh pasukan yang pernah menjadi pengamal perhubungan awam dan kewartawanan. Beliau berkata, platform itu juga membolehkan organisasi menghantar surat jemputan media, siaran atau kenyataan media dengan hanya satu klik manakala aplikasi dalam Supernewsroom yang dikenali ‘Media RSVP’ akan memudahkan wartawan dan editor untuk mengesahkan kehadiran bagi sesuatu majlis.

“Selain itu, laman sesawang ini juga dibangunkan dengan fungsi ‘Contact Point’ dengan wartawan boleh menghantar permintaan untuk menemu bual pakar bidang atau topik tertentu dan permintaan mereka akan dihantar kepada semua organisasi,” katanya. Manminder berkata, portal terbabit adalah berasaskan langganan untuk organisasi dengan yuran sebanyak RM5,000 setahun dan percuma untuk media.

About Supernewsroom

Powered By Intelectasia

media monitors Malaysia

Supernewsroom™ is a product and copyright of Intelectasia Consultancy an award winning PR firm.

Contact Us

For inquiry, please contact us at:

 

Email:enquiry@intelectasia.com

Tel:+603 7726 9277 / 9377

Fax:+603 7726 9477

Office: D-3A-01 Ritze Perdana Business Centre, Jalan PJU 8/2 Damansara Perdana 47820Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

© 2016 Supernewsroom. All Rights Reserved. | Sitemap

Search